Kami menyediakan perkhidmatan fotografi: Komersial l Pertunangan l Perkahwinan l Korporat l Konvokesyen l Potret l Produk l Majlis l Landskap l Pemandangan……Tel: 0197492492 / 017 7057547

Tuesday, January 1, 2008

ABOUT

Cliqart Photographers ditubuhkan pada awal 2010, sebelumnya di bawah pemilikan tunggal Cheotot Photography @ Azlan Photography pada pertengahan tahun 2006. Hasil usahasama dan yang dijayakan bersama rakan jurugambar yang lain telah melalui penjenamaan dibawah CheOtot Photographers pada 2008. Hari ini, dengan kemampuan pasukan ahli fotografi perkahwinan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai konsep sendiri dalam menghasilkan foto-foto dan gambar dalam bentuk kreatif, rekaan seni grafik dan kesan tambahan akan memberikan pendekatan dan daya tarik yang berbeza berbanding dengan produk-produk fotografi konvensional dan perkhidmatan yang lain.

Khidmat fotografi yan kami tawarkan adalah seperti
- Hari Perkahwinan
- Hari Pertunangan
- Pra Perkahwinan ( Pre Wedding )
- Majlis Korporat
- Hari Keluarga
- Majlis Hari Lahir
- Hari Graduasi / Konvokesyen
- Pemandangan
- Gambar Panorama
- Potret
- Fotografi Outdoor

dan banyak lagi pada masa akan datang InsyaAllah. Selain memberikan khidmat fotografi perkahwinan, tujuan kami adalah untuk berkongsi keceriaan dan kegembiraan disaat - saat kedua pasangan disatukan serta menjadikan impian pelanggan kami kepada kenyataan.

Jutaan terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog kami dan mudah-mudahan itu akan memberikan idea dan kami dapat membantu dalam mewujudkan impian anda. Adalah dialu-alukan untuk menghebahkan pakej menarik ini kepada yang lain dan kami amat berbangga untuk memiliki pengunjung sebanyak mungkin untuk mengunjungi blog kami serta kepuasan kami adalah untuk dapat memenuhi semua impian anda.

Jangan berlengah lagi untuk email ( cheotot@yahoo.com ) kepada kami jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, dan hubungi kami untuk menetapkan temujanji jika anda tertarik untuk melihat produk - produk yang telah kami hasilkan.

Akhir kata dari saya, sehingga ketemu di majlis gilang gemilang anda untuk kami penuhi...sekian terima kasih.





Azlan ( Cheotot )
Pengasas Cliqart Photographers
Tel: 019 7492492 / 017 7057547