Kami menyediakan perkhidmatan fotografi: Komersial l Pertunangan l Perkahwinan l Korporat l Konvokesyen l Potret l Produk l Majlis l Landskap l Pemandangan……Tel: 0197492492 / 017 7057547

Tuesday, December 28, 2010

Promosi Fotografi

Tawaran menarik untuk semua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga dan menanti saat kelahiran zuriat tersayang sebagai tanda kasih dan sayang pengikat hubungan hingga ke akhir hayat. Abadikan kenangan bersama pasangan anda bersama kami di Cliqartphotographers..... hubungi kami segera...!

Sunday, December 5, 2010

Azizul dan Siti Radziah


Modifikasi Bukan Manipulasi

Cliqart Photographers diberi kepercayaan untuk edisi modifikasi daripada empunya diri disisipkan sebagai Cover Majalah yang dipilih untuk tugasan. Pemilik Perodua Viva 1.0(M) Hello Kitty dengan modifikasi standard Cik Handi Subaidah dan . Sesi bergambar bermula jam 6ptg hingga 7.30 malam untuk mendapatkan hasil terbaik sebagai paparan muka depan majalah.


Hello Kitty Black Viva Handi


No1sticker Tein Wira GSR Wanabe Fakhri

Sunday, October 17, 2010

Rosfaizal dan Rozita







Photographer : Azlan ( CheOtot )
Pengantin : Rosfaizal & Rozita
Lokasi : Batu Pahat
Outdoor: Taman Botani Sri Medan

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri Family Potrait




Malam Raya

Salam lebaran kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambutnya diseluruh pelusuk dunia dengan adat dan budaya tersendiri.Tidak terkecuali anak-anak kecil meraikannya dengan ekspresi tersendiri. Buat pelayar blog dan pelanggan yang dikasihi...Ampun dan maaf dipinta andai kesilapan lalu dilaku tanpa diduga.... Maaf Zahir dan Batin




Sunday, July 4, 2010

Fauna

Pada 30 Jun 2010 satu aktiviti outing suka-suka telah dirancang untuk sesi perkongsian ilmu sesama jurugambar .Maka Zoo Melaka menjadi lokasi pilihan untuk tema Fauna Potrait yang akan dirakam dalam kamera dslr. Berkumpul dihadapan Zoo Melaka tepat Jam 5 petang, satu sesi taklimat ringkas mengenai tugasan yang akan dilaksanakan telah diberikan. Setelah sejam "menembak" maka terhasillah "Fauna Potrait" untuk tatapan semua.

Cockatoo

Land Peacock

Mousedeer

African Zebra

White Hornbill

Cuckoo-Dove

Amazon Cockatoo

Bald Stork
Bird Of Paradise

Sunday, June 6, 2010

Majlis resepsi Wan dan Diana










Tanggal 6 Jun 2010, maka berlangsunglah majlis menyambut menantu ke rumah wan. Seperti adat melayu dijunjung, pihak lelaki menyelami suasana majlis tersebut dengan penuh adat. Majlis berjalan dengan lancar dan sangat menggembirakan kedua-dua belah pihak. Semoga pasangan ini kekal bhagia hingga hujung nyawa. Amin...

Official Photographer : Che Hassan
Place: Masjid Tanah
Date: 6 Jun 2010


Saturday, June 5, 2010

Syukry & Savrena

Majlis Perkahwinan Syukri dan Sarvena yang berlangsung pada tanggal 5 Jun 2010 bertempat Taman Simpang 5, Batu Pahat Johor. Adat bertandang dimulakan dengan paluan kompang perarakan masuk kedua mempelai diiringi sanak saudara pengantin perempuan. Majlis disambut meriah dengan hadirin yang memenuhi khemah jamuan sejak dari pagi. Kedua mempelai diraikan dengan majlis menepung tawar dan seterusnya santapan raja sehari di khemah yang dikhaskan. Hentian Mahkota menjadi pilihan kedua mempelai untuk lokasi mengabadikan kenangan.



Saturday, May 29, 2010

Raja Shah Irwan & Nurul Huda

Syukur Alhamdullilah kerana dapat menyelesaikan tugasan mengambil gambar Majlis Perkahwinan di antara Nurul Huda dan Raja Shah Irwan bertempat di Alor Gajah , Melaka pada 29 Mei 2010. Kedua mempelai mangenakan busana dari butik Andaman Sri Melor, Batu Berendam berkonsepkan Apple Green Muslimah. Selepas majlis menepung tawar dan makan beradab kedua mempelai mengabadikan kenangan dengan sesi outdoor potrait di Pantai Puteri .Didoakan semoga keduanya bahagia hingga ke akhir hayat. Amin