Kami menyediakan perkhidmatan fotografi: Komersial l Pertunangan l Perkahwinan l Korporat l Konvokesyen l Potret l Produk l Majlis l Landskap l Pemandangan……Tel: 0197492492 / 017 7057547

Tuesday, June 12, 2012

Model

Perkongsian ilmu dalam sesi Outing Photoshoot bersama model di Dataran Penggaram Batu Pahat dan Dataran Keris Alor Gajah.





Baby Potrait

Fotografi bersama bayi anda......

Bersedia untuk membuat "shoot" terbaik bila-bila masa

Bayi umumnya hanya akan memberikan pose yang dikehendaki dalam masa yang tidak terduga.Kelekaan akan membuatkan kita terlepas merakamkan aksi yang dipamerkan oleh bayi. Menguji cahaya dan pendedahan sebelum menekan butang shutter yang pertama, menggunakan anak patung atau mainan lembut untuk fokus dan pendedahan yang tetap. Setiasa berinteraksi dengan bayi untuk menaikan rasa selesa dan ceria tanpa rasa tekanan sama ada daripada bayi mahupun photographer.....
Kurangkan penggunaan kekuatan flash yang keterlaluan kerana ia mendatangkan kesan kepada bayi.


Potret Bayi berumur 5 bulan f2.8 / iso 800 / shutter 125 tanpa flash

Macro Photography

Fotografi makro adalah fotografi dengan jarak sangat dekat untuk mendapatkan detail yang tinggi namun tidak memerlukan bantuan alat pembesar optik seperti mikroshop. Fotografi makro biasanya memiliki rasio 1:1 yaitu besar gambar yang dihasilkan sama ukurannya dengan benda aslinya. Sebagai contoh, pada film 35 mm, lensa harus dapat fokus pada area sekecil 24×36 mm, yaitu ukuran gambar pada film. 

Dengan sedikit pengetahuan yang dipelajari dan pengalaman bersama photographer senior....dapatlah menghasilkan karya makro yang boleh dikongsikan bersama.... Menggunakan kamera dslr Canon 7D + 18-270mm + Macro tube + External Flash + Strob Diy Gadget....

 Golden Crab Spider  f14 / iso 800 / Shutter 200
Bluebottle Fly   f14 / iso 800 / Shutter 250











Meat Eater Ant f18/ iso 800 / Shutter 250

Monday, December 12, 2011

Ali & Sa'adiah

Pada 10.12.2011 Majlis Pernikahan dan Perkahwinan diantara Ali Osman dan Sa'adiah Muhammad telah berlangsung pada jam 9.45 malam bertempat di rumah pengantin perempuan, Kg. Parit Andin , Batu Pahat. Majlis Akad Nikah dilangsungkan oleh Kadi Mukim 7, Tuan Hj. Amin Mian yang disahkan oleh 2 orang wakil saksi pengantin lelaki dan perempuan. Dengan sekali lafaz termetrinya ikatan kasih kedua mempelai sehidup semati hingga ke akhir hayat. Iringan doa kebahagiaan dari kami Cliqartphotographers dan kru. Amin.....


Friday, October 28, 2011

Pada 26hb sempena hari Deepavali.... Geng Kfose dan otai2 photographers mengadakan outing Trash Dress di Pantai Perpat, rengit Bermula jam 5 petang. Walaupun kebanyakan kawasan hujan lebat berselang seli dengan petir sabung menyabung....tapi outing yang diadakan dapat berjalan seperti yang dimahukan. Bersama model Yana yang didatangkan khas, semua photographer merakamkan pose yang diminta dan berkongsi ilmu sebagai salah satu tujuan utama selain merapatkan hubungan sesama photographer.Outing berakhir jam 7.30 mlm.



Sunday, October 23, 2011

Aji & La Syaira

Seawal jam 11 pg kelengkapan menemabak dah bersedia utk dilaraskan untuk mengabadikan kenangan persandingan Pengantin Mohd Razi dan Syaira. Bertempat di rumah pengantin lelaki suasana meriah diserikan dengan berkumandang lagu2 oleh di DJ majlis. Pengantin diarak dengan paluan kompang dan terus dengan resepsi makan beradab. Kenangan Raja Sehari diteruskan untuk sesi outdoor di Taman Botani Johor, bertempat di Seri Medan Batu Pahat.