Kami menyediakan perkhidmatan fotografi: Komersial l Pertunangan l Perkahwinan l Korporat l Konvokesyen l Potret l Produk l Majlis l Landskap l Pemandangan……Tel: 0197492492 / 017 7057547

Monday, December 12, 2011

Ali & Sa'adiah

Pada 10.12.2011 Majlis Pernikahan dan Perkahwinan diantara Ali Osman dan Sa'adiah Muhammad telah berlangsung pada jam 9.45 malam bertempat di rumah pengantin perempuan, Kg. Parit Andin , Batu Pahat. Majlis Akad Nikah dilangsungkan oleh Kadi Mukim 7, Tuan Hj. Amin Mian yang disahkan oleh 2 orang wakil saksi pengantin lelaki dan perempuan. Dengan sekali lafaz termetrinya ikatan kasih kedua mempelai sehidup semati hingga ke akhir hayat. Iringan doa kebahagiaan dari kami Cliqartphotographers dan kru. Amin.....


Friday, October 28, 2011

Pada 26hb sempena hari Deepavali.... Geng Kfose dan otai2 photographers mengadakan outing Trash Dress di Pantai Perpat, rengit Bermula jam 5 petang. Walaupun kebanyakan kawasan hujan lebat berselang seli dengan petir sabung menyabung....tapi outing yang diadakan dapat berjalan seperti yang dimahukan. Bersama model Yana yang didatangkan khas, semua photographer merakamkan pose yang diminta dan berkongsi ilmu sebagai salah satu tujuan utama selain merapatkan hubungan sesama photographer.Outing berakhir jam 7.30 mlm.



Sunday, October 23, 2011

Aji & La Syaira

Seawal jam 11 pg kelengkapan menemabak dah bersedia utk dilaraskan untuk mengabadikan kenangan persandingan Pengantin Mohd Razi dan Syaira. Bertempat di rumah pengantin lelaki suasana meriah diserikan dengan berkumandang lagu2 oleh di DJ majlis. Pengantin diarak dengan paluan kompang dan terus dengan resepsi makan beradab. Kenangan Raja Sehari diteruskan untuk sesi outdoor di Taman Botani Johor, bertempat di Seri Medan Batu Pahat.

Sunday, September 18, 2011

Merdeka 54 & Hari Malaysia

Sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke 54 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Pahlawan berhadapan Memorial Kemerdekaan. Perbarisan hormat sebanyak 147 Kontinjen melalui pentas utama yang dihadiri TYT Tun Khalil Yacob dan Ketua Menteri Melaka Dato Seri Ali Rustam. Sambutan berlangsung seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Cliqart Photographers sekali lagi diberi kepercayaan dalam merakamkan kemeriah sambutan yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Negeri Melaka.



Photo by : Che Otot ( Azlan )

Friday, September 2, 2011

Potrait Raya

Promosi Potrait Raya bersama keluarga dan yang tersayang dengan harga istimewa .... Tempahan adalah terhad. Jangan ketinggalan untuk hubungi kami segera.


Saturday, August 20, 2011

Tempahan Banner dan Bunting untuk Majlis Rasmi & Perkahwinan

Meriah dan ceriakan majlis anda dengan dekorasi banner dan bunting . Kami menerima tempahan bagi memenuhi keperluan anda. Harga ditawarkan dengan kadar istimewa untuk semua pelanggan

Semua ukuran dalam kiraan ( kaki / feet )
Ukuran Banner
3 X 10
4 X 12

Ukuran Bunting
2 X 6
2 X 3

* Harga RM 3.50 / kaki




Thursday, July 7, 2011

Minggu Bahasa Kebangsaan 2011


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Tanjung Bidara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Nikmati Kenangan di Minggu Bahasa

Selamat datang kepada semua MRSM yang terlibat dalam Minggu Bahasa Akhir dan Debat MRSM Se-Malaysia yang diadakan di MRSM Alor Gajah, Melaka pada 07- 11 Julai 2011.

Penglibatan sebagai Kru Media memberi peluang untuk mengembangkan bakat dan pengalaman dalam majlis terbesar tahunan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Thursday, May 26, 2011

Himpunan Sejuta Belia

Pada tarikh 27-29 Mei 2011 , Cliqart Photographers diberi kepercayaan oleh Kementerian Belia Dan Sukan untuk merakamkan fotografi rentetan perjalanan aktiviti sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya. Jalinan kerjasama ini merupakan kali kedua melibatkan crew Cliqart bersama KBS yang mana pertama kalinya diadakan pada April 2010.Semoga tugasan dapat dilakukan dengan jayanya. InsyaAllah......




Monday, April 18, 2011

Sambutan Macam Pisang Goreng...Panas...!!!

Alhamdullilah....syukur ke Hadrat Ilahi kerana diberikan kemurahan dengan sambutan hangat daripada pengunjung terutamanya pelumba-pelumba yang beraksi semasa Jamboree MTB Yong Peng , 50km Cross Country " King Mountain Competition" pada 10 April yang lepas. Rakaman lensa jurugambar professional CliqartPhotographers memberi seribu kenangan kepada pelumba dilaluan yg diakui semua sangat mencabar. Keriangan dan senyuman jelas terpancar pada semua yang berjaya mendapatkan gambar masing-masing daripada koleksi kami yang dibawakan khas untuk para pelumba mountain bike. Sekalung Tahniah kepada para pemenang dan semua pelumba yang berjaya menamatkan kayuhan. Penghargaan kepada kru yang berkerja keras bergerak setapak lagi mempromosi CliqartPhotographers untuk lebih berdaya saing.